KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menyeru semua pihak berhenti dan sentiasa berwaspada dalam mengeluarkan sebarang komen atau pendapat yang boleh mencetus ketegangan serta merosakkan keharmonian masyarakat dalam negara yang berbilang kaum.
Beliau berkata setiap pandangan perlu dipastikan berdasarkan fakta yang betul terlebih dahulu dan bukannya dilontarkan sewenang-wenangnya yang hanya akan ‘menyimbah minyak ke dalam api yang membara’.
“Kalau inilah cara kita bertindak, amat berbahaya. Sebab itu, berlaku adillah pada diri dan masyarakat. Pastikan fakta yang betul terlebih dahulu,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita pada Program Bantuan Beras Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) kepada 3,333 asnaf sempena Aidilfitri di Maahad Tahfiz Al-Faridiyah di Taman Seri Rampai, Setapak, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Presiden PRESMA Datuk Jawahar Ali Taib Khan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial