ALOR SETAR, 30 Mac (Bernama) -- Syarikat Air Darul Aman (SADA) menyarankan pengguna di sebahagian daerah Sik dan Gurun untuk membuat persediaan awal dengan menyimpan bekalan air yang mencukupi dan menggunakannya secara berhemah.
SADA dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan ia berikutan bacaan kadar kekeruhan air mentah melibatkan pengoperasian Loji Rawatan Air (LRA) Jeniang Baru, LRA Jeniang Lama dan LRA Sungai Pau menunjukkan trend meningkat dan berisiko terjadinya gangguan bekalan air.
"Kejadian kekeruhan air mentah yang meningkat ini adalah disebabkan oleh faktor hujan lebat di Hulu Sungai Muda.
"Sehingga kini, LRA yang terlibat masih beroperasi 100 peratus, namun pihak SADA menyarankan agar pengguna dapat melakukan persediaan awal dengan menyimpan bekalan air," menurut kenyataan itu.
SADA memaklumkan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan pengguna boleh menghubungi talian i-SADA di nombor 15404 atau melalui e-mel aduan SADA iaitu aduan@sada.com.my untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial