KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengambil langkah persediaan menyeluruh bagi memastikan kestabilan bekalan elektrik dan keselesaan pengguna di seluruh Semenanjung sepanjang sambutan Aidilfitri.
Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Mahathir Nor Ismail berkata sebagai langkah awal, pihaknya telah melaksanakan beberapa projek naik taraf sistem rangkaian bekalan elektrik di seluruh negara selain menempatkan 271 jana kuasa bergerak di lokasi strategik sebagai persediaan tambahan.
"Lebih 10,000 pekerja TNB bersiap siaga bersiap siaga 24 jam sehari bermula dua hari sebelum Syawal hingga hari raya ketiga bagi memastikan bekalan elektrik stabil.
"Pasukan teknikal TNB akan terus membuat pemantauan yang rapi dan akan mengambil tindakan pantas memulihkan bekalan sekiranya gangguan bekalan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahathir turut menasihati pengguna agar mengutamakan keselamatan elektrik ketika meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung dan semasa mengadakan rumah terbuka Aidilfitri.
“Sebelum pulang ke kampung, matikan suis utama dan cabut palam peralatan elektrik yang tidak digunakan, jangan bebankan soket dengan terlalu banyak peralatan elektrik atau kabel penyambung,” katanya.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi TNB CareLine menerusi talian 1-300-88-5454 atau platform media sosial rasmi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial