AM > BERITA

Aidilfitri: Kutipan Sampah Meningkat Lebih Dua Kali Ganda Di Kelantan

06/04/2025 07:07 PM

KOTA BHARU, 6 April (Bernama) -- Jumlah kutipan sampah di Kelantan mencatatkan peningkatan lebih dua kali ganda sepanjang musim perayaan Aidilfitri berbanding hari biasa, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah.

Beliau berkata secara purata 200 tan metrik sampah dikutip setiap hari sebelum ini, namun angka itu meningkat kepada 400 tan metrik sehari sepanjang perayaan berkenaan.

“Jadual pungutan sampah diteruskan seperti biasa, namun jumlah pembuangan sampah meningkat disebabkan kebanjiran perantau yang pulang ke kampung dan acara rumah terbuka yang diadakan orang ramai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hilmi juga memaklumkan waktu operasi tapak pelupusan sampah dilanjutkan sehingga pagi bagi memenuhi keperluan itu.

“Antara tapak pelupusan sampah yang terlibat adalah di Beris Lalang, Pasir Puteh, Ketereh, Tanah Merah dan Tumpat,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa peningkatan sampah dilihat lebih ketara di bandar utama, sementara di daerah lain jumlahnya agak rendah. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan