AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Johor, Sabah Meningkat Petang Ini

07/04/2025 06:42 PM

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Jumlah mangsa di dua negeri yang dilanda banjir meningkat petang ini menjadikan keseluruhan mangsa seramai 481 orang berbanding 464 pagi tadi. 

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir merekodkan peningkatan dengan seramai 334 orang daripada 110 keluarga berbanding 285 orang daripada 94 keluarga pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata mereka adalah dari Kampung Baharu, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan dan Kampung Parit Samijan.

“Kesemua mangsa yang terjejas di daerah Batu Pahat ini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading,” katanya.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir di daerah Kinabatangan yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Garam meningkat kepada 147 orang melibatkan 31 keluarga daripada 138 mangsa daripada 30 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa terdiri daripada 39 lelaki dewasa, 38 wanita serta 70 kanak-kanak daripada empat kampung.

Pada 2 April, Kinabatangan yang terletak kira-kira 306 kilometer timur dari Kota Kinabalu diisytiharkan sebagai kawasan bencana berikutan hujan berterusan dan kenaikan paras sungai ke tahap bahaya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan