PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Sebanyak 41 daripada 149 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas masih menerima rawatan di hospital dan klinik.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah tersebut, 19 mangsa dirawat di wad biasa hospital kerajaan, manakala 22 lagi di kemudahan kesihatan swasta.
“Tiada mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada sebarang kematian dilaporkan setakat 12 tengah hari ini,” menurut data harian yang dikeluarkan oleh KKM.
Dilaporkan terdapat 14 pesakit di Hospital Putrajaya, dua di Hospital Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang; Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Ampang.
Menurut KKM, seramai 108 pesakit telah discaj dari kemudahan kesihatan awam dan swasta.
KKM turut memaklumkan aktiviti Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Minda dan Psikososial (MHPSS) turut dijalankan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia, selain di pos kawalan tempat kejadian dengan 88 individu menerima intervensi MHPSS.
Sebanyak tujuh pasukan, yang terdiri daripada 25 anggota petugas kesihatan, dipertanggungjawabkan untuk memberikan sokongan MHPSS kepada mangsa kejadian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial