AM > BERITA

Kekuatan Ekonomi Negara Perlu Seiring Pemerkasaan Seni, Budaya - Anwar

08/04/2025 02:19 PM

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Kekuatan ekonomi perlu seiring dengan pemerkasaan seni dan budaya kerana ia menjadi lambang keutuhan sesebuah negara dan masyarakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada majlis pelancaran buku Ismail Zain Intermediations: Selected Writings on Art and Aesthetics di Balai Seni Negara di sini hari ini, beliau berkata pembangunan tamadun akan tempang tanpa usaha gigih untuk mengangkat aspek berkenaan.

“Pemerkasaan ekonomi itu tidak memadai tanpa pemerkasaan seni dan budaya kerana yang menentukan keutuhan sesebuah negara dan masyarakat serta pertumbuhan tamadun itu adalah kestabilan politik dan kekuatan ekonomi. Namun, pemerkasaan seni dan budaya juga penting.

“Sebab itu dalam MADANI, sementara kemampanan ekonomi menjadi tonggak, saya tidak pernah meninggalkan soal daya cipta, ihsan dan amanah yang sebenarnya melengkapkan nilai peribadi kemanusiaan,” kata beliau.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing dan Timbalannya Khairul Firdaus Akbar Khan, Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Shaharuddin Abu Sohot dan Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) Shaik Rizal Sulaiman serta Ketua Pengarah LPSVN Amerrudin Ahmad. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan