JOHOR BAHRU, 9 April (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Johor menurun hari ini, dengan 309 orang daripada 104 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi, berbanding 318 orang daripada 107 keluarga direkodkan semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan hari ini, berkata kesemua mangsa dari Batu Pahat dan ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading.
“Mereka adalah penduduk Kampung Baharu Sri Gading, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan dan Kampung Parit Samijan,” katanya.
Beliau berkata laporan menunjukkan Sungai Senggarang, Batu Pahat masih berada pada paras amaran dengan bacaan 3.18 meter manakala Sungai Batu Pahat merekodkan paras waspada dengan bacaan 2.30 meter.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial