KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kembali digandingkan dalam usaha memperkukuh cabaran Malaysia di pentas antarabangsa.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam pengumuman menerusi laman Facebook hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat susulan permintaan daripada kedua-dua pemain serta hasil perbincangan menyeluruh antara pasukan kejurulatihan dan pemain.
“Pasangan yang pernah mencapai ranking tertinggi dunia iaitu di kedudukan ketiga, akan memberi tumpuan semula ke pentas antarabangsa, bermula dengan Terbuka Singapura (27 Mei hingga 1 Jun) dalam usaha mengembalikan prestasi terbaik mereka,” menurut kenyataan itu.
Pada 28 Mac, BAM mengumumkan gandingan itu dipisahkan untuk kejohanan akan datang selain memberi ruang kepada jurulatih mencuba kombinasi baharu susulan ketegangan dalam hubungan mereka sejak temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Semalam, Tang Jie dan Ee Wei disenaraikan dalam Program Road to Gold (RTG) dalam misi memburu pingat emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial