KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Ribut petir dan hujan lebat diramal melanda beberapa kawasan di tujuh negeri hingga 9 malam ini, menurut Jabatan meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia menerusi kenyataan dikeluarkan pada 4 petang ini memaklumkan kawasan yang terlibat adalah seluruh Perlis, manakala di Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.
Bagi pantai timur pula, amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Terengganu, manakala di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai sementara di Pahang membabitkan Jerantut serta Kuantan.
Sementara itu, di Sabah kawasan terlibat adalah pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau, Pantai Barat (Kota Kinabalu dan Tuaran).
Kawasan terlibat di Sarawak adalah Sarikei, Sibu, Kapit (Song), Miri (Telang Usan) dan Limbang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial