AM > BERITA

Tingkat Tiga Bangunan SMK Lahat Terbakar

12/04/2025 05:56 PM

IPOH, 12 April (Bernama) -- Sebanyak tujuh bilik di tingkat tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lahat di sini terbakar, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.05 pagi.

Beliau berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih, Batu Gajah, Simpang Pulai dengan bantuan Pasukan Bomba Sukalera (PBS) Menglembu, Pasir Pinji, Pusing dan Pekan Baru dikejarkan ke lokasi kejadian. 

"Kebakaran melibatkan bangunan di tingkat tiga blok D, bahagian bumbung dan melibatkan tujuh bilik iaitu tiga bilik darjah, sebuah bilik khas, sebuah studio seni dan dua bilik stor yang musnah terbakar kira-kira 30 peratus.

"Bagaimanapun, kebakaran itu tidak melibatkan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata kerja-kerja pemadaman selesai sepenuhnya pada 3.55 petang tadi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan