TAPAH, 14 April (Bernama) -- Pemuda Amanah Perak membuat laporan polis berhubung dakwaan penipuan dalam permohonan tauliah mengajar agama oleh calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Abd Muhaimin Malek.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Perak Ahmad Munzirie Ahmad Kabir membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di sini hari ini.
Ahmad Munzirie mendakwa Abd Muhaimin memperoleh tauliah mengajar agama daripada Jabatan Mufti Negeri Perak meskipun memegang jawatan politik, yang disifatkannya bercanggah dengan garis panduan sedia ada.
Beliau berkata kemungkinan berlaku pemalsuan maklumat atau dokumen rasmi yang boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan, seperti Seksyen 420 kerana menipu dan Seksyen 468 kerana pemalsuan dokumen.
“Calon terbabit dipercayai memperoleh tauliah walaupun tidak layak kerana memegang jawatan politik dan kini bertanding pada pilihan raya. Ini bukan sahaja melanggar peraturan sedia ada, malah mengingkari titah Sultan Perak selaku Ketua Agama Islam negeri,” katanya.
Justeru, beliau memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh dan tanpa kompromi bagi menjunjung keluhuran undang-undang serta institusi diraja.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial