AM > BERITA

Pemergian Yusnor Ef Kehilangan Besar Buat Dunia Seni Nusantara - Fahmi

16/04/2025 05:03 PM

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pemergian penulis lirik tersohor lagu-lagu Melayu era kegemilangan Tan Sri P. Ramlee di Singapura, Yusnor Ef, yang meninggal dunia hari ini sebagai kehilangan besar buat dunia seni tanah air dan seluruh nusantara.

Fahmi juga menyifatkan Yusnor, atau nama sebenarnya Mohamed Noor Mohamed Yusofe, sebagai sebutir permata yang mewarnai industri muzik Melayu dengan karya yang meninggalkan kesan mendalam dan akan terus dikenang sepanjang zaman.

“Allahyarham bukan sekadar seorang seniman tetapi juga merupakan penjaga warisan budaya dan bahasa bangsa.

“Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beramal soleh,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Media hari ini melaporkan Yusnor, 87, meninggal dunia pada 2 pagi di Hospital Sengkang, Singapura.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan