IPOH, 18 April (Bernama) -- Projek Tebatan Banjir (RTB) Kampung Gajah kini di peringkat kajian reka bentuk akhir yang dijangka akan dimuktamadkan dalam makmal Value Engineering (VE) pada bulan Februari 2026.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air Dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata projek tersebut dijangka diiklankan pada Julai 2026 dan Surat Setuju Terima dijangka pada November 2026.
“Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 bagi mengatasi permasalahan banjir di kawasan tersebut.
“Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak bersama-sama Bahagian Pengurusan Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran sentiasa komited dalam menjayakan projek ini dengan kadar segera,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zafarulazhan Zan (PN-Kampung Gajah) yang ingin tahu tahap kemajuan terkini projek itu dan apakah jaminan bahawa projek ini tidak akan mengalami kelewatan, pada sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.
Mohammad Nizar berkata pihak jabatan juga dalam perancangan untuk melaksanakan kertas kerja projek RTB Lubuk Keli.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial