AM > BERITA

Duta AS Cabar Tengku Zafrul Sertai Ice Bucket Challenge

21/04/2025 09:42 PM

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Selepas lebih sedekad ia sohor kini, ice bucket challenge kembali popular di negara ini apabila Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard D Kagan secara terbuka mencabar Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk mencubanya.

Ice bucket challenge, kempen bagi mengutip derma yang tular dan berjaya menghimpunkan berjuta-juta ringgit untuk penyelidikan ALS pada 2014, dihidupkan semula bagi menangani isu baharu iaitu kesedaran kesihatan mental yang dilancarkan oleh Kelab The Mental Illness Needs Discussion (MIND) pada Mac lepas.

Kagan, melalui akaun X.com rasminya, melontarkan cabaran itu kepada Tengku Zafrul selepas beliau sendiri menyelesaikannya.

"Teruja menyertai #IceBucketChallenge kerana kesihatan mental adalah penting, dan ia memerlukan tindakan segera, empati dan perhatian yang sama.

"Saya mencalonkan @tzafrul_aziz dan rakan sekerja Chris Carver untuk menyertai saya bagi membantu memecahkan stigma ini. Marilah kita bersama-sama meneruskan perbualan. #SpeakYourMind @USCMind," katanya.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan