KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Penganut Katolik di seluruh Malaysia berkabung dan meratapi pemergian Ketua Gereja Roman Katolik Paus Francis, yang meninggal dunia hari ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Katedral St John the Evangelist di sini menzahirkan kesedihan yang mendalam atas kematian beliau.
Katedral itu juga memuji kepimpinan penuh ihsan Paus berkenaan yang menyerlahkan peranan beliau sebagai pembimbing kepada gereja di seluruh dunia.
"Beliau telah membimbing kami dengan penuh ihsan serta keberanian dan menyeru kami agar sentiasa saling menyayangi, bersatu padu selain berkhidmat kepada golongan miskin dan terpinggir," menurut hantaran itu.
Ketua Biskop Kuala Lumpur turut mengeluarkan kenyataan yang mendoakan agar roh Paus Francis bersemadi dengan tenang.
Paus Francis, yang pertama dari Amerika Latin memegang jawatan sebagai Ketua Gereja Roman Katolik, menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 88 tahun.
Beliau sudah lama bertarung dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk penyakit asma yang dikaitkan dengan trombositopenia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial