SHAH ALAM, 29 April (Bernama) -- KDEB Waste Management (KDEBWM) menyediakan tong sampah roro secara percuma di setiap lorong dan kawasan yang terjejas dalam insiden letupan saluran gas di Putra Heights pada 1 April lepas.
Pengarah Urusan KDEBWM Datuk Ramli Mohd Tahir berkata kemudahan disediakan sehingga kerja-kerja pembersihan dan baik pulih selesai sepenuhnya itu bertujuan meringankan beban penduduk terkesan, khususnya bagi membantu kos pemulihan yang ditanggung penduduk terlibat.
“Pembersihan masih berlaku di bawah kawalan kita berdasarkan penghasilan sampah oleh penduduk terutamanya mereka yang membuat pembaikan rumah mereka.
“... di Taman Putra Harmoni kita tempatkan sebanyak 12 tong roro manakala 10 tong lagi di kawasan Kampung Kuala Sungai Baru,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Trak Fuso kumpulan pertama di sini hari ini.
Ramli berkata setakat ini lebih 1,000 tan metrik sisapepejal dikutip pihaknya susulan kerja-kerja pembersihan di lokasi terbabit.
Insiden pada 1 April itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas, termasuk di Kampung Tengah, Puchong.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial