AM > BERITA

Visi Bandar CHASE Akan Dibawa Ke Pentas Dunia - Dr Zaliha

07/05/2025 12:13 AM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa akan membawa visi Bandar CHASE sebagai tonggak reformasi bandar di Wilayah Persekutuan ke pentas dunia.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, Dr Zaliha memaklumkan beliau berada di Itali bagi memenuhi jemputan ke Forum Ekonomi Dunia melalui Davos Baukultur Alliance serta di Milan bagi mengikuti Dialog Inovasi Strategik selain mengadakan lawatan ke beberapa tempat ikonik seperti Bosco Verticale dan Navigli District.

“Kemudian saya akan ke Venice bagi mengikuti 19th International Venice Biennale dan dijadualkan menyampaikan ucapan pembukaan dan juga dalam masa yang sama, saya akan menjadi panel dalam Collective Baukultur Public Panel.

"Di pentas ini, saya akan membawa visi Bandar CHASE sebagai tonggak reformasi bandar di Wilayah Persekutuan," katanya.

Beliau turut dijadualkan bertemu Kaunselor Persekutuan Baume-Schneider, Ketua Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Persekutuan, Switzerland bagi membincangkan beberapa isu bersama khususnya terkait dimensi sosial, kesan perubahan iklim dan pemeliharaan warisan budaya binaan dalam pembangunan bandar.

Pada 1 Jan lepas, Dr Zaliha memaklumkan Bandar CHASE adalah visi beliau ke arah menjadikan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan sebagai bandar yang bersih, sihat, maju, selamat dan mesra alam.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan