KOTA KINABALU, 11 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata soal pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman hari ini.
Anwar berkata keputusan mengenai pembubaran DUN Sabah terletak sepenuhnya kepada Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.
“Perbincangan tertumpu kepada isu-isu berkaitan pembangunan Sabah dan usaha mengukuhkan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya kepada pemberita di Istana Seri Kinabalu hari ini.
Beliau berkata perbincangan itu menyentuh pelbagai sektor, termasuk minyak, dan mengambil kira input daripada pemimpin negeri, dengan tujuan menangani kebimbangan utama dan mengenal pasti bidang untuk penambahbaikan.
Ini merupakan kunjungan hormat pertama Anwar ke atas Musa sejak pelantikannya sebagai Yang Dipertua Negeri.
Spekulasi berhubung kemungkinan pembubaran awal muncul susulan pertemuan antara Perdana Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sabah hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial