AM > BERITA

Cadang Tubuh Felo Kenegaraan, Bantu Rangka Agenda Negara Bangsa - Anwar

30/09/2025 06:24 PM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kerajaan MADANI berhasrat untuk menubuhkan Felo Kenegaraan bagi menghimpunkan tokoh dan pakar pelbagai bidang sebagai rakan strategik kerajaan untuk merangka agenda besar pembinaan negara bangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata perkara itu antara agenda Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan yang dipengerusikan beliau di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri berkata inisiatif itu diharap dapat terus memperkukuh latihan kenegaraan dan memperkasakan usaha pembinaan negara bangsa selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Penubuhan Felo Kenegaraan ialah satu inisiatif penting yang menghimpunkan tokoh daripada pelbagai latar belakang merangkumi bidang akademik, profesional, belia, kepimpinan masyarakat, seni budaya dan lain-lain.

“Melalui wadah ini, para felo bukan sahaja berperanan sebagai pemikir dan penggerak idea kenegaraan, tetapi juga sebagai rakan strategik kepada kerajaan dalam merangka agenda besar pembinaan negara bangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

-- BERNAMA 


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan