AM > BERITA

Gempa Bumi Kuat Landa Leyte, Gegaran Turut Dirasai Di Sandakan - MetMalaysia

01/10/2025 12:48 AM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter berlaku di Leyte, Filipina pada 9.59 malam ini dengan gegaran turut dirasai di sekitar Sandakan, Sabah.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi berkenaan berlaku pada jarak kira-kira 50 kilometer (km) barat laut dari Ormoc, Filipina dengan kedalaman 10 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran itu untuk mengisi borang soal selidik menerusi pautan https://forms.gle/NWR9oUvQoK3FsQ5j8.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan