PUTRAJAYA, 6 Okt (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu kini menerima rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dengan keadaan beliau adalah stabil.
Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan pasukan perubatan menasihatkan Mohamad untuk berehat disebabkan terdapat simptom keletihan.
“Buat masa ini, menteri tidak dapat menerima tetamu bagi membolehkan beliau mendapat rehat secukupnya,” menurut kenyataan itu.
Pejabat menteri merakamkan penghargaan atas doa dan keprihatinan semua pihak terhadap kesihatan Mohamad.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial