KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Kunjungan ke rumah anak yatim dan menziarahi pesara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) antara pengisian utama Program Jelajah Melaka anjuran Kelab Motosikal Bernama (BMC) pada 29 dan 30 Nov ini.
Presiden BMC Amrizan Madian berkata program dua hari itu turut diselangi dengan aktiviti sukaneka dan majlis makan malam sebagai usaha mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli.
“Ini merupakan program ketiga BMC selepas penganjuran di Janda Baik, Pahang pada 2023 dan di Kuantan tahun lepas. Tahun ini Melaka dipilih berikutan negeri itu kaya dengan destinasi pelancongan menarik,” katanya.
Terdahulu, pada satu majlis ringkas di Wisma Bernama hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin menyerahkan sumbangan dana daripada agensi itu kepada BMC sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program berkenaan.
Amrizan berkata setakat ini seramai 30 ahli BMC sudah mengesahkan penyertaan mereka.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial