ALOR SETAR, 10 Okt (Bernama) -- Sebanyak 19 orang daripada enam keluarga masih berlindung di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kota Setar pagi ini.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Langgar, di sini yang dibuka sejak Ahad lepas.
“Mangsa belum dibenarkan pulang kerana rumah masing-masing masih digenangi banjir termenung, namun jumlah mangsa terus berkurangan kepada 19 orang berbanding 107 orang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata paras air Sungai Janing di Padang Terap mencatat bacaan 26.17 meter (m) melebihi paras amaran 26m manakala Sungai Pendang di Pendang merekodkan bacaan 2.21m melebihi paras waspada 2.2m.
Sungai Ketil di Baling pula mencatat 59.7m melebihi paras waspada 59.4m.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial