AM > BERITA

MyNIlSe Diperluas Kepada Laluan Motosikal CIQ BSI, KSAB Bermula 15 Okt

10/10/2025 03:13 PM

JOHOR BAHRU, 10 Okt (Bernama) -- Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIlSe) diperluaskan kepada laluan motosikal di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bermula 15 Okt.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata ia melibatkan tujuh laluan keluar pengguna motosikal di CIQ BSI dan empat di KSAB.

“Melalui peluasan ini, pengguna motosikal boleh menikmati urusan imigresen lebih cepat dan mudah dengan pilihan dua sistem yang memiliki fungsi sama dan cepat iaitu MyNIISe dan MyBoarderPass,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Beliau berkata transformasi digital itu memastikan proses rentas sempadan lebih efisien, selamat dan mesra pengguna.

 MyNIISe merupakan aplikasi rasmi Jabatan Imigresen Malaysia yang menyatukan pelbagai kemudahan imigresen secara digital dalam satu platform dan boleh dimuat turun menerusi Apple App Store, Google Play serta Huawei AppGallery.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan percubaan sistem itu di CIQ BSI dan KSAB dari 22 Sept sehingga 28 Feb tahun depan. 

Sepanjang tempoh percubaan, sistem kod QR dan aplikasi MyBorderPass sedia ada masih diteruskan.

Sistem MyNIISe merupakan antara inisiatif utama di bawah agenda reformasi kerajaan, dengan pelaksanaannya dipercepatkan daripada jadual asal iaitu Mac 2026.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan