AM > BERITA

Balai Rawatan Pos Gob Rosak, Penduduk Orang Asli Perlu Kemudahan Baharu

13/10/2025 09:17 PM

GUA MUSANG, 13 Okt (Bernama) -- Penduduk Orang Asli Pos Gob yang terletak lebih 60 kilometer dari klinik kesihatan terdekat, memerlukan balai rawatan baharu selepas kemudahan sedia ada rosak teruk akibat angin kencang.

Penghulu Pos Gob Liman Alang berkata bangunan lama itu tidak lagi selamat digunakan, selepas atap tercabut dan siling runtuh, menyebabkan penduduk terpaksa menjadikan dewan serbaguna sebagai pusat rawatan sementara.

“Surau pula dijadikan tempat penginapan petugas Kementerian Kesihatan setiap kali mereka datang menjalankan pemeriksaan kesihatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata balai rawatan baharu itu penting, bagi memudahkan lebih 3,000 penduduk suku kaum Temiar mendapatkan rawatan serta memudahkan operasi pemindahan pesakit melalui helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata beliau telah meninjau kawasan berkenaan dan pembinaan balai rawatan baharu akan dipercepatkan memandangkan lokasi sesuai telah dikenal pasti.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan