KUANTAN, 14 Okt (Bernama) -- Hujan lebat berterusan lebih sejam mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Lipis dilanda banjir kilat awal pagi tadi.
Menurut aplikasi InfoBencanaJKM, sebanyak 59 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kechor Tui setakat 11 pagi.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lipis Lt (PA) Ahmad Hafizy Che Daud berkata banjir berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira 4 pagi tadi dan menjejaskan Kampung Kechor Tui dan Felda Kechau 1.
"Tiada mangsa yang cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan. Namun, setakat 11.10 pagi ini, banjir masih belum surut sepenuhnya.
"Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat masih melakukan pendaftaran mangsa terjejas," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial