KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengumumkan 10 pemenang Kempen ‘Buy & Win’ bagi September yang menerima pelbagai hadiah menarik termasuk jongkong emas, dengan hadiah keseluruhan bernilai RM100,000.
PKNS memaklumkan kempen bermula 1 Sept hingga 30 Nov itu dilaksanakan melalui kempen utama ‘PKNS Homes Beli Terus Onz!’ dan ‘PKNS Homes Big Bonus” yang menawarkan hadiah dengan hanya menandatangani perjanjian jual beli dengan kadar segera bagi unit hartanah terpilih.
“Ia merupakan sebahagian usaha berterusan badan berkanun Kerajaan Negeri Selangor itu dalam menghargai kepercayaan dan sokongan para pelanggan di samping menjadi dorongan kepada pembeli untuk memiliki kediaman berkualiti dengan nilai terbaik,” menurut PKNS dalam satu kenyataan.
Bagi September, pemenang bertuah ialah Nor Hamizah Abdul Razak yang merupakan pembeli projek rumah bandar, Aludra Residensi di Cyber Valley; dan Mohammad Nor Izzuddin Amaran, Siti Zubaidah Mohd Nor serta Nur Syazalina Abdul Kadir, yang kesemuanya pembeli projek rumah teres dua tingkat, Auva di Cyber Valley.
Empat lagi pemenang ialah pembeli projek pangsapuri perkhidmatan Linkar 52 di dalam pembangunan SA Sentral di Shah Alam iaitu Farah Wahidah Abdul Sukor, Siti Aisyah Mohammed Adnan, Shahrul Ekhsan Hasim dan S.S. Thilagan.
Pembeli projek banglo Hijauan Enklaf di Setia Alam, Ku Boon Siang dan pembeli Datum Jelatek Residense di sini, Batrisyia Muhd Rumiza turut diumumkan sebagai pemenang.
Menurut PKNS, semua pemenang membawa pulang satu daripada lima hadiah eksklusif iaitu lima gram jongkong emas, jam tangan Apple Watch Series 10, iPad, permainan video Sony PlayStation 5 serta pakej percutian eksklusif selama tiga hari dua malam.
Pengumuman rasmi bagi senarai pemenang Oktober dan November akan dibuat secara berperingkat melalui platform media sosial PKNS Homes.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen ‘Buy & Win’ dan projek PKNS, layari laman web www.pkns.gov.my atau platform media sosial rasmi PKNS atau PKNS Homes di Facebook serta Instagram.
Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Jualan PKNS melalui talian 03-5525 0300 atau WhatsApp 010-928 0187.
-- BERNAMA
(Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.)
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial