AM > BERITA

Raja Permaisuri Agong Terima Menghadap Rombongan Pusat Kelestarian Johor

16/10/2025 08:35 PM

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap rombongan Pusat Kelestarian Johor di Istana Negara hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar rombongan berkenaan diketuai Pengerusi Eksekutif Pusat Kelestarian Johor Sdn Bhd Datuk Seri Hasni Mohammad yang mempersembah maklum mengenai inisiatif serta perancangan dasar-dasar kelestarian di negeri Johor.

Hadir sama pada sesi menghadap itu ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd Datuk Ramlee A. Rahman serta Ketua Jabatan (Seni Bina) Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Lim Yaik Wah.

Sementara itu, Hasni dalam hantaran sama dipetik sebagai berkata antara perkara yang dibincangkan adalah perancangan pengenalan Pusat Pembelajaran Raja Zarith dengan bangunan rendah karbon sebagai sebuah pusat pembelajaran dan interaksi bagi belia dan pelajar di kawasan perumahan rakyat.

“Raja Permaisuri Agong turut dipersembah maklum tentang Polisi Pembangunan Hijau Johor 2030,” kata Hasni.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan