AM > BERITA

MBPP Arah 12 Gerai Di Pusat Penjaja Ditutup Kerana Kotor

17/10/2025 08:34 PM

GEORGE TOWN, 17 Okt (Bernama) -- Sebanyak 12 gerai di tapak penjaja di sini diarahkan tutup berikutan tahap kebersihan premis yang kurang memuaskan dan penemuan urungan tikus serta lipas di kawasan gerai berkenaan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara aspek yang diberi perhatian adalah syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Jabatan Perlesenan seperti kebersihan gerai dan pematuhan pengendali makanan.

“Sebanyak 12 daripada 22 buah gerai makanan yang diperiksa dalam operasi itu telah dikenakan tindakan penutupan serta-merta selama 14 hari berkuat kuasa pada 15 Okt ini.

“Tindakan dibuat mengikut Undang-Undang Kecil 38 (1), Undang-Undang Kecil (Establisymen Makanan) MPPP 1991 berikutan tahap kebersihan premis yang kurang memuaskan iaitu berada di bawah standard yang ditetapkan dan penemuan urungan tikus serta lipas di kawasan gerai,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan MBPP sentiasa menitikberatkan kebersihan gerai makanan bagi memastikan keterjaminan makanan yang disediakan kepada pelanggan berada pada tahap yang bersih dan selamat.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan