AM > BERITA

Influenza: Kelantan Catat Tujuh Kluster, Situasi Terkawal

18/10/2025 04:51 PM

KOTA BHARU, 18 Okt (Bernama) -- Penularan influenza di Kelantan terkawal dengan tujuh kluster dikesan setakat 15 Okt lepas melibatkan beberapa sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata tiada kes baharu direkodkan sejak kluster terakhir dikenal pasti sekali gus menunjukkan langkah kawalan dan pencegahan berjalan dengan baik.

“Setakat ini, kita mempunyai tujuh kluster influenza yang melibatkan pelajar sekolah namun keadaan terkawal dan tiada peningkatan kes berlaku.

"Negeri juga belum perlu melaksanakan langkah tambahan seperti vaksinasi besar-besaran kerana situasi masih di bawah kawalan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 di Tunjong, di sini hari ini.

Hilmi berkata kerajaan negeri akan terus mendapatkan nasihat daripada Jabatan Kesihatan dari semasa ke semasa bagi menilai keperluan melaksanakan langkah tambahan sekiranya berlaku peningkatan kes.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan