AM > BERITA

Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Landa Beberapa Negeri - MetMalaysia

18/10/2025 06:14 PM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang yang berterusan hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 4.30 petang memaklumkan, cuaca buruk dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah.

Antara kawasan yang terlibat termasuk Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; serta Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

Kawasan lain yang turut dijangka dilanda ribut petir ialah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin di Pahang; Klang dan Petaling di Selangor; serta Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Sementara itu di Sabah, amaran melibatkan kawasan pedalaman seperti Nabawan, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) serta daerah Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

MetMalaysia menasihati orang ramai agar berwaspada terhadap kemungkinan berlaku banjir kilat dan kerosakan akibat tiupan angin kencang, selain mengelakkan aktiviti di kawasan lapang dan perairan sepanjang tempoh amaran berkuat kuasa.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan