AM > BERITA

Wat Buddha Jayanti Sumbang Ambulans Kepada St John Ambulans Malaysia

19/10/2025 01:23 PM

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Wat Buddha Jayanti hari ini menyumbangkan sebuah ambulans kepada St John Ambulans Malaysia Wilayah Persekutuan bagi membantu meningkatkan perkhidmatan kes kecemasan di ibu negara.

Penasihat wat berkenaan Datuk Seri Boon Som Inong berkata ambulans bernilai RM204,000 itu disumbangkan hasil derma penganut Buddha di wat berkenaan.

"Kita tahu setiap tahun St John Ambulans mengendalikan banyak kes terutama semasa musim perayaan, sumbangan ini diharap dapat membantu mereka dalam membantu mangsa kemalangan dan masyarakat yang memerlukan," katanya kepada Bernama selepas menyerahkan ambulans berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pemerintah Wilayah St John Ambulans Malaysia, Wilayah Persekutuan Datuk Koh Mui Tee dan Presiden Selangor Buddhist Association Prasert Eh Chai.

Boon berkata wat itu banyak menjalankan program sumbangan termasuk barang keperluan kepada mereka yang memerlukan, namun pemberian ambulans itu sumbangan paling besar berjaya diserahkan setakat ini.

Sementara itu, Koh berkata ambulans tambahan berkenaan dapat membantu menambah baik perkhidmatan terutama bagi urusan memindahkan pesakit atau yang perlu dikejarkan ke hospital.

 -- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan