KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Tarif semikonduktor, perdagangan, pelaburan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini adalah topik yang dijangka dibincangkan semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, kata Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D. Kagan.
Beliau berkata contohnya dari segi semikonduktor, Malaysia ialah rakan yang sangat penting bagi AS justeru terdapat pelaburan besar oleh kalangan syarikat AS dalam sektor itu, terutama yang menumpukan kepada rantaian bekalan barat.
“Saya boleh mengatakan wujudnya pengiktirafan terhadap peranan penting yang dilakukan oleh Malaysia. Jadi, tarif adalah antara topik yang akan dibincangkan semasa lawatan Trump,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Bernama di luar Dialog Digital AS-Malaysia di sini, hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial