AM > BERITA

UYFC Rangkul Anugerah ASEAN Prize 2025

26/10/2025 11:37 AM

Oleh Nur Atiq Maisarah Suhaimi

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- ASEAN hari ini menyampaikan anugerah ASEAN Prize 2025 kepada Union of Youth Federations of Cambodia (UYFC) sebagai pengiktirafan atas sumbangan dalam memperkukuh penglibatan belia dan memajukan integrasi serantau.

Anugerah berprestij itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku pengerusi ASEAN kepada Naib Presiden UYFC Dam Dariny pada majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini, dengan disaksikan Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.

 Pemenang menerima hadiah wang tunai USD20,000 berserta trofi.

Pengarah Hal Ehwal Komuniti, Sekretariat ASEAN Lee Yoong Yoong berkata UYFC dipilih atas dedikasinya dalam memperkukuh penglibatan belia dan memajukan integrasi serantau menerusi aktiviti yang memupuk hubungan antara rakyat serta keterangkuman.

Anugerah tahunan berkenaan diperkenalkan pada 2018 ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 di Singapura yang bertujuan meraikan individu dan organisasi cemerlang ASEAN atas sumbangan mereka yang tidak ternilai kepada usaha pembinaan komuniti serantau.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan