AM > BERITA

Trump Tiba Di KLCC Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

26/10/2025 12:35 PM

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini, bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Presiden AS itu dijadual menyaksikan pemeteraian KL Accord iaitu perjanjian damai penting antara Thailand dan Kemboja yang bertujuan menamatkan pertikaian sempadan dua negara selama beberapa dekad.

Trump kemudian dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan Anwar sebelum menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS.

Terdahulu, pesawat khas yang membawa Presiden AS, Air Force One, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 9.54 pagi. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan