PUTRAJAYA, Okt 27 (Bernama) -- Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan Muniandy, 64, mengangkat sumpah dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Kehakiman di sini.
Beliau mengangkat sumpah dihadapan Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.
Muniandy yang berasal dari Negeri Sembilan mempunyai kelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian Universiti Malaya dan Sarjana Undang-Undang Universiti Malaya.
Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Peguam Persekutuan di Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara dari 1980 hingga 1984.
Sepanjang kerjaya, Muniandy pernah memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Majistret, Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi) di Jabatan Peguam Negara serta Pengarah Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia.
Beliau dilantik Pesuruhjaya Kehakiman pada 2019, sebelum disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 2022.
Beliau bertugas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Jenayah 2) sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial