KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Industri nanas negara terus menunjukkan perkembangan membanggakan apabila jumlah eksport melonjak lebih 100 peratus dalam tempoh enam bulan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata jumlah eksport industri nanas meningkat daripada 800 kontena kepada 1,727 kontena setakat Oktober 2024.
“Pencapaian ini bukti bahawa sektor pertanian, khususnya industri nanas mempunyai potensi besar untuk menjana pendapatan lumayan kepada para petani kita,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Mohamad berkata pihaknya yakin jumlah eksport nanas pada tahun 2025 juga akan mencatatkan peningkatan positif, hasil komitmen berterusan semua pihak termasuk petani, agensi dan pemain industri.
Beliau turut berharap agar lebih ramai rakyat, terutama golongan muda menceburi bidang pertanian moden yang bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan petani, malah memastikan sektor makanan negara terus maju dan berdaya saing.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial