KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Coway, syarikat Best Life Solution, mencipta detik inspirasi di pusat bandar raya ini dengan pelancaran "Monorel Coway Dicipta Untukku", tren penceritaan pertama seumpamanya yang mengubah perjalanan harian warga kota kepada pengalaman penuh makna yang mengetengahkan kisah rakyat Malaysia.
Berasaskan kepada kempen Coway Dicipta Untukku, monorel itu menghimpunkan kisah serta detik sebenar rakyat Malaysia yang telah menjalani perubahan positif dalam kesejahteraan harian mereka melalui penyelesaian holistik syarikat berkenaan.
Coway, dalam kenyataan memaklumkan saat monorel itu merentasi pusat bandar Kuala Lumpur, setiap panel menceritakan bab kehidupan berbeza yang menggambarkan bagaimana sekecil-kecil perubahan di rumah mampu mencipta kediaman yang lebih sihat dan bahagia.
"Berpandukan kepada kisah nyata daripada pengguna Coway – mereka yang kini bebas daripada alahan habuk, menikmati air yang bersih setiap hari, menemui semula nikmat tidur yang lebih lena, kekal segar dalam udara nyaman, merakam detik indah tanpa timbunan pakaian di sekeliling, dan menemui ketenangan serta fokus selepas urutan yang menenangkan.
"Setiap kisah ini membawa satu persamaan – menggambarkan bagaimana Coway terus menyentuh kehidupan seharian individu dengan cara yang bermakna. Setiap detik ini melakar gambaran jelas bagaimana keselesaan, kesejahteraan, dan keharmonian rakyat Malaysia menjadi realiti di setiap rumah mereka," menurut kenyataan itu hari ini.
Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia Ryan Jung dalam kenyataan itu berkata kempen Coway Dicipta Untukku mengetengahkan nilai sebenar kesejahteraan melalui kisah rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang.
"Setiap individu mempunyai tafsiran berbeza tentang kesejahteraan, namun Coway percaya bahawa ia bersifat peribadi dan boleh dicapai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Melalui Monorel Coway Dicipta Untukku, kami menjadikan perjalanan di tengah-tengah kota satu momen refleksi, mengingatkan bahawa kesejahteraan dicipta untuk dinikmati oleh semua, setiap hari," katanya.
Bagi meraikan pelancaran ini, rakan media dan tetamu diundang menaiki monorel berkenaan untuk menikmati perjalanan pratonton eksklusif yang merentasi Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan itu, sepanjang perjalanan, mereka berpeluang merasai sendiri pengalaman interaktif serta momen indah berlatarbelakangkan pemandangan menarik di ibu negara.
Persinggahan di TUAH 1895 Viewing Deck pula memberi tetamu peluang menikmati pemandangan panoramik yang memukau, seindah kisah rakyat Malaysia yang diraikan melalui inisiatif ini.
Melalui kempen ini, Coway terus meneroka kaedah produk yang boleh membawa manfaat tidak dijangka kepada rakyat Malaysia dan menambah nilai dalam rutin harian mereka.
"Pandangan jujur daripada pengguna membantu Coway memahami keperluan mereka yang sentiasa berubah dan memacu transformasi inovasi dalam penyelesaian udara, air dan tidur, semuanya direka untuk meningkatkan kualiti hidup setiap pengguna," menurut kenyataan itu.
Antara kisah inspirasi yang diketengahkan dalam kempen itu ialah pengguna dapat menikmati tidur lena sepanjang malam selepas menggunakan penyaman udara Coway; dengan kerusi urut Coway, kaki pengguna tidak lagi kebas walaupun duduk lama di hadapan komputer riba; dan Coway Dazzie benar-benar mengubah cara hidup mereka kerana menyambut tetamu kini begitu mudah, hanya perlu tekan butang dan minuman sedia dihidang dalam sekelip mata.
Orang ramai juga boleh berkongsi detik mereka menggunakan produk Coway melalui www.coway.com.my/madeforme, dan maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Coway, layari www.coway.com.my.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter      : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok       : @bernamaofficial