AM > BERITA

Program PERANTIS Wadah Latih, Bimbing Wanita Jadi Pemimpin Berdaya Saing

03/11/2025 08:34 PM

KANGAR, 3 Nov (Bernama) -- Program Perantis Kepimpinan Wanita (PERANTIS) yang diperkenalkan tahun lepas ialah wadah efektif dalam usaha melatih dan membimbing golongan wanita menjadi pemimpin berdaya saing pada peringkat global.

Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Perlis P. Kalai Kumar berkata menerusi program itu, peserta akan dibimbing tokoh wanita berpengalaman selain latihan kerja bagi membina kepimpinan wanita berwawasan dan berjiwa masyarakat serta menguasai kemahiran komunikasi dan advokasi sosial yang tinggi 

“Setakat ini, Perlis mempunyai empat tokoh wanita berjaya di bawah inisiatif PERANTIS, mereka membimbing peserta dalam bidang keusahawanan, ekonomi dan pendidikan kepimpinan, dan penganjuran program ini di Perlis mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta.

“Perlis mungkin negeri kecil, tetapi wanita di sini mempunyai potensi besar. Kita mahu mereka berani keluar daripada kepompong tempatan, menjadi ‘regional player’ dan seterusnya ‘global player’,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Memacu Usahawan dan Kontraktor Wanita Ke Peringkat Global di sini hari ini.

Kalai Kumar berkata tokoh wanita terpilih akan menerima geran hingga RM50,000 bagi melaksanakan program pembangunan kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang, termasuk kepimpinan, politik, ekonomi, sosial, teknologi, perundangan, keselamatan, kesejahteraan, pendidikan dan kesihatan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan