AM > BERITA

Gempa Bumi Lemah Berlaku Di Segamat

03/11/2025 09:09 PM

JOHOR BAHRU, 3 Nov (Bernama) -- Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Jementah, Segamat, Johor pada 7.55 malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berpusat pada koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, iaitu kira-kira tiga kilometer di barat Segamat dengan kedalaman 10 kilometer.

"Gegaran turut dirasai di Segamat dan kawasan sekitarnya," menurut MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook.

Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu diminta mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/1cWc2YD8DgWpbDJP7.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan