AM > BERITA

Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 Peringkat Dasar

04/11/2025 07:53 PM

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026 pada peringkat dasar selepas dibahaskan bermula dari 13 Okt lepas.

Rang undang-undang yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 10 Okt itu, diluluskan menerusi undi belah bahagian yang menyaksikan 120 Ahli Parlimen bersetuju, 67 tidak bersetuju dan 35 tidak hadir.

Menurut takwim Parlimen, perbahasan RUU itu bagi peringkat jawatankuasa akan bermula esok hingga 27 Nov ini. 

Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah Kerajaan MADANI dan yang pertama di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Belanjawan bertemakan "Belanjawan Rakyat" itu memperuntukkan RM470 bilion perbelanjaan awam  merangkumi RM338.2 bilion perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion pembangunan, selain pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (RM30 bilion), awam swasta (RM10 bilion) serta badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (RM10.8 bilion).

Persidangan bersambung esok.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan