KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Jenama peralatan rumah pintar global, VIOMI melancarkan penapis air VIOMI AI inno dengan matlamat menyediakan air yang bersih dan sihat pada harga mampu milik.
Syarikat yang tersenarai di Nasdaq itu dalam kenyataan memaklumkan pelancaran berkenaan menandakan kemasukan kukuh jenama itu ke pasaran Malaysia.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif VIOMI Kevin Chen berkata selepas menjual lebih 10 juta unit di China, Malaysia berperanan sebagai hab strategik pertama VIOMI di Asia Tenggara dengan matlamat untuk menjadi antara tiga jenama penapis air teratas di Malaysia dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
“Kesihatan keluarga bermula dengan setiap teguk air bersih. Matlamat kami adalah untuk memastikan teknologi air pintar dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat,” katanya sebagaimana dipetik dalam kenyataan itu.
Reka bentuknya yang minimalis dan moden, dengan badan ultra-nipis 13 sentimeter tanpa tangki air, VIOMI AI inno yang kini tersedia di seluruh negara amat sesuai untuk dapur moden. Ia turut menawarkan penggantian penapis secara DIY dan sistem pembersihan kendiri automatik, membolehkan pengguna menukar penapis sekali setahun tanpa memerlukan perkhidmatan tambahan.
“Sistem ini bersih, selamat dan menjimatkan kos,” katanya.
Kevin berkata produk itu turut dilengkapi dengan Penapis Mineral Arang Buluh yang berkesan menyingkirkan logam berat serta bahan kimia berbahaya daripada air. Ciri itu dipertingkatkan lagi dengan Teknologi Penapisan Komposit Batu Mineral Kunlun, yang menambah mineral semula jadi seperti strontium, bermanfaat untuk kesihatan tulang dan jantung.
“Air yang ditapis mempunyai rasa lembut, manis dan menyegarkan, sesuai untuk bayi, wanita hamil dan seluruh keluarga.
“Pada masa akan datang, VIOMI akan memperkenalkan siri penapis tambahan seperti air alkali dan air kecantikan, membolehkan pengguna menukar ‘pengalaman air’ mereka seperti memasang aplikasi mudah alih,” katanya.
VIOMI AI inno, yang ditawarkan dengan jaminan selama dua tahun, penghantaran dan pemasangan percuma, menampilkan tiga sistem utama iaitu Sensor Pintar, Kawalan Pintar dan Interaksi Pintar yang mencerminkan visi jenama itu untuk menawarkan air yang sihat dan rumah pintar menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI).
VIOMI menjelaskan Sensor Pintar memantau kualiti air, jangka hayat penapis dan prestasi sistem secara masa nyata, Kawalan Pintar menawarkan lima mod suhu pratetap, manakala Interaksi Pintar membolehkan pengguna mengurus dan mengawal penapis air melalui aplikasi mudah alih.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial