AM > BERITA

APMM Pulau Pinang Tahan VNT Langgar Syarat Sah Lesen

11/11/2025 02:49 PM

GEORGE TOWN, 11 Nov (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C kerana disyaki melanggar syarat sah lesen di perairan timur Limbungan Batu Maung, dekat sini semalam.

Pengarahnya Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata tindakan itu diambil susulan beberapa aduan awam berhubung kegiatan nelayan yang dipercayai menjalankan aktiviti menangkap ikan di bawah jarak dibenarkan.

"Hasil rondaan dan pemeriksaan, kami mengesan sebuah VNT kelas C yang beroperasi kurang 15 batu nautika dari pantai iaitu melanggar syarat lesen yang ditetapkan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati vesel berkenaan dikendalikan seorang tekong dan dua kru kesemuanya berusia antara 49 hingga 65 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan