SHAH ALAM, 16 Nov (Bernama) -- Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan dakwaan mengenai “kekayaan” seorang pegawai kepada Datuk Seri Amirudin Shari, yang dipercayai memegang terlalu banyak jawatan di bawah kerajaan negeri, sambil menyifatkannya sebagai berniat jahat dan bermotif politik.
Pejabat Menteri Besar Selangor memaklumkan tuduhan berkenaan yang tular menerusi satu kumpulan WhatsApp ketika Amirudin membentangkan Belanjawan Selangor 2026 baru-baru ini, adalah fitnah tanpa asas.
“Ia jelas berunsurkan fitnah, menyeleweng dan tidak berfakta. Laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat oleh pegawai terbabit sebagai tanda kebertanggungjawaban,” menurut pejabat berkenaan dalam kenyataan hari ini.
Pejabat Menteri Besar Selangor turut meminta semua pihak menumpukan kepada agenda pembangunan negeri dan martabat rakyat, bukannya politik tidak matang melalui pembentukan persepsi jahat, liar dan palsu.
Media sebelum ini melaporkan Amirudin diminta mengulas dakwaan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan membabitkan pegawai berkenaan, yang didakwa memegang terlalu banyak jawatan dalam kerajaan negeri.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial