AM > BERITA

Anwar, Modi Komited Perkukuh Hubungan Malaysia Dan India

23/11/2025 10:00 AM

Daripada M. Saraswathi

JOHANNESBURG, 23 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dan Perdana Menteri India Narendra Modi menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala, terutamanya dalam bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan serta teknologi baharu yang mampu menyemarak ruang kerjasama lebih luas antara kedua-dua negara.

“Saya sempat bertukar pandangan secara ringkas dengan Perdana Menteri India Narendra Modi semasa kedua-dua kami menghadiri Sidang Kemuncak G20.

“Pertemuan kami menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala, terutamanya di bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan serta teknologi baharu yang mampu menyemarak ruang kerjasama lebih luas antara kedua-dua negara sahabat,” kata beliau dalam satu sidang media di sini.

Lantaran itu, Malaysia dan India akan terus berpadu tenaga untuk mempelbagai bentuk kerjasama strategik yang memanfaatkan rakyat kedua-dua negara.

“Justeru, atas semangat saling meyakini dan hormat, kita mampu meningkatkan potensi rantau ini sebagai medan pertumbuhan baharu, sementalahan memastikan hubungan kita kekal utuh dan teguh,” kata Perdana Menteri.

Sementara itu dalam satu hantaran di Facebook, Modi berkata India dan Malaysia akan terus bekerjasama untuk mempelbagaikan kerjasama dua hala.

“Saya telah bertukar-tukar pandangan yang sangat baik dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. India dan Malaysia akan terus bekerjasama untuk mempelbagaikan kerjasama dua hala,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan