KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan kontra di antara laluan Bandar Saujana Putra-Putrajaya dari Kilometer (KM) 18 hingga KM19.5 di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) malam ini hingga 27 Nov depan.
PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengaktifan laluan itu bermula pada 11 malam hingga 5 pagi sepanjang tempoh tersebut.
“Langkah ini diambil bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan paip air oleh kontraktor pihak ketiga,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, PLUS menyarankan pengguna lebuh raya agar merancang perjalanan sepanjang tempoh tersebut dan mematuhi peraturan tanda trafik serta arahan petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit.
Maklumat trafik terkini boleh didapati menerusi Aplikasi PLUS, Pembantu Maya PUTRI, Aplikasi X@plustrafik atau Papan Tanda Elektronik (VMS) di lokasi terpilih selain menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000 untuk sebarang bantuan kecemasan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial