AM > BERITA

Met Malaysia Keluar Amaran Hujan Berterusan Di Empat Negeri Hingga 26 Nov

24/11/2025 05:05 PM

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) yang dijangka berterusan sehingga 26 Nov melibatkan Perlis, beberapa daerah di Kedah, Kelantan dan Besut di Terengganu.

Menurut kenyataan MET Malaysia hari ini, kawasan di Kedah yang terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik, manakala di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Sementara itu, amaran Hujan Berterusan (Buruk) turut dikeluarkan sehingga tarikh sama bagi beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Bagi tahap Waspada, beberapa daerah di Perak, Pahang dan Selangor dijangka mengalami hujan berterusan sehingga 24 dan 26 Nov.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan aplikasi myCuaca serta media sosial rasmi MET Malaysia. Pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui talian hotline 1-300-22-1638.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan