KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (bahaya) yang dijangka berterusan sehingga esok, membabitkan beberapa daerah di Kelantan serta Besut di Terengganu.
Menurut kenyataan MetMalaysia, daerah terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, manakala Besut di Terengganu turut berada dalam amaran sama.
Selain itu, Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan sehingga 26 Nov bagi seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, serta beberapa kawasan di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama), Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai) dan Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).
Bagi tahap Waspada, beberapa daerah di Perak (Hulu Perak, Manjung), Kelantan (Gua Musang) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut dan Kuantan) dijangka mengalami hujan berterusan dalam tempoh sama.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan aplikasi myCuaca, serta media sosial rasmi MetMalaysia. Pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui hotline 1-300-22-1638.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial