KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) – Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan individu dan perniagaan, termasuk moratorium pembiayaan sehingga enam bulan serta penggantian kad debit dan kredit tanpa caj.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Khairul Kamarudin berkata sebagai institusi perbankan Islam penuh yang berteraskan nilai ihsan dan tanggungjawab sosial, Bank Muamalat komited membantu pelanggan yang terjejas akibat banjir di beberapa kawasan.
“Bank Muamalat amat prihatin terhadap kesulitan yang dihadapi pelanggan dan berharap bantuan khas ini dapat memberi kelegaan kepada mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pelanggan yang terkesan boleh memohon menerusi borang “Service Request Form” (SRF) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang bank di www.muamalat.com.my sebelum menghantar dokumen sokongan ke emel bantuanbanjir@muamalat.com.my.
“Langkah proaktif akan diambil bagi memastikan proses dokumentasi dan kelulusan permohonan dipermudahkan,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-2600 5500, melayari laman sesawang Bank Muamalat atau mengunjungi cawangan terdekat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial